Pembentukan jatidiri insan melalui kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran

Rosmalizawati, Abd. Rashid (2019) Pembentukan jatidiri insan melalui kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran. International Social Science and Humanities Journal, 2 (3). pp. 70-84. ISSN 2637-0271

[img] Text
FH02-FKI-20-39146.pdf
Restricted to Registered users only

Download (687kB)

Abstract

Yusuf ‘alaihissalam, seorang nabi yang dikurniakan kelebihan dari segi paras rupa mengundang kisah yang panjang disebut di dalam al-Quran, bahkan diabadikan sebagai nama surah yang mengandungi seratus sebelas ayat. Bukanlah suatu kisah yang biasa sekiranya disebut oleh Allah Taala melainkan terdapat pelbagai iktibar yang terselit di dalamnya. Bermula dari kisah beliau bersama keluarga, dibuang ke dalam hutan, berhadapan dengan fitnah wanita-wanita di sekelilingnya sehingga dilantik menjadi penguasa, al-Quran tidak putus-putus menterjemahkan kehidupan suka-duka beliau sematamata untuk menjelaskan kepada umat bahawa kisah ini sangat penting untuk dijadikan sebagai teladan apatah lagi ketika mengharungi dunia akhir zaman ini. Bertepatan lah dengan pembangunan modal insan yang cuba diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini, Nabi Yusuf menonjolkan keperibadian yang unggul dan menjadi satu role-model kepada umat terutamanya kepada remaja dan pemimpin-pemimpin lelaki di dalam masyarakat, dan kepada seluruh umat secara amnya. Oleh yang demikian, melalui kajian perpustakaan, artikel ini mengupas pembentukan jati diri menerusi kisah Nabi Yusuf dengan menelusuri kitab-kitab tafsir yang membahaskan berkenaan kisah tersebut dan mengambil kira isu-isu masyarakat masa kini untuk dikaitkan agar perbincangan menjadi satu sumbangan dalam merawat kebejatan sosial yang sedang dihadapi oleh masyarakat masa kini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Yusuf ‘Alaihissalam, Jatidiri, Modal Insan, Kisah al-Quran, Tafsir Maudhui
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 03 Apr 2022 03:47
Last Modified: 03 Apr 2022 03:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6715

Actions (login required)

View Item View Item