Pemerhatian terhadap terjemahan teks sejarah Islam ke dalam bahasa melayu

Wan Abdul Hayyi, Wan Omar and Idris, Mansor (2019) Pemerhatian terhadap terjemahan teks sejarah Islam ke dalam bahasa melayu. Journal of Nusantara Studies, 4 (2). pp. 265-281. ISSN 0127-9386

[img] Text
FH02-FBK-20-38605.pdf
Restricted to Registered users only

Download (779kB)

Abstract

Teks sejarah Islam merupakan nadi penting yang menyimpan khazanah arkeologi sejarah ketamadunan Islam yang terbina. Catatan yang terkandung dalam teks ini menjadi sumber yang penting untuk dihayati oleh seluruh umat Islam kerana pemahaman sejarah yang baik mampu membina kepercayaan keagamaan yang kukuh. Hal ini demikian kerana segala catatan ajaran, asbab dan perkembangan Islam yang berlaku termasuk perihal berkaitan asbab alnuzul dan asbab al-wurud sesuatu ajaran dicitrakan dalam genre teks ini. Namun begitu, tidak semua penganut Islam mampu memahaminya disebabkan ketidakmampuan mereka dalam menguasai bahasa Arab. Lantaran itu, mereka perlu bergantung kepada teks sejarah terjemahan sebagai wadah sandaran. Sungguhpun begitu, kewujudannya amat sukar ditemui walaupun aktiviti penterjemahan teks agama Islam seperti fikah, usul fiqah, tasawuf, aqidah, tafsir, al-Quran dan hadis ke dalam bahasa Melayu di Nusantara telah berlaku sejak kurun ke-15 Masihi. Untuk itu, kajian ini dijalankan dengan memberi fokus terhadap senario perkembangan aktiviti terjemahan teks sejarah Islam sedia ada serta meneliti corak terjemahan yang digunakan. Kajian ini dijalankan dengan mengimplikasi pendekatan kajian kepustakaan dan penilaian ke atas dua teks terjemahan, iaitu Sirah Nabawiyyah hasil terjemahan Muhammad Ramzi Omar (2017) dan Sirah Rasulullah s.a.w Keagungan Seorang Nabi Bongsu hasil terjemahan Senawi Ali (2014) dan dibandingkan dengan teks sumber yang berjudul al-Raheeq al-Makhtum oleh Al-Mubarakpuri (1987). Dapatan kajian menunjukkan keterbatasan dalam aktiviti penterjemahan teks genre sejarah Islam berbanding dengan teks Islam daripada genre yang lain. Kebanyakan teks terjemahan sejarah Islam lebih berbentuk saduran dan pendekatan terjemahan yang digunakan lebih cenderung kepada pendekatan semantik. Situasi ini menyebabkan hasil terjemahan lebih cenderung ke arah bahasa dan budaya teks sumber berbanding kecenderungan kepada bahasa dan budaya sasaran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Corak terjemahan, teks agama, teks sejarah Islam, terjemahan Arab-Melayu
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 03 Apr 2022 03:18
Last Modified: 10 May 2022 08:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6710

Actions (login required)

View Item View Item