Strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar: Satu kajian rintis

Kamarul Shukri, Mat Teh and Raihan, Mohd Arifin and Nor Asmawati, Ismail and Noradilah, Abdul Wahab (2019) Strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar: Satu kajian rintis. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 3. pp. 151-161. ISSN 2289-8042

[img] Text
FH02-FKI-20-36403.pdf
Restricted to Registered users only

Download (308kB)

Abstract

Iklim sekolah telah dikaji secara meluas dalam pelbagai konteks dan dimensi berasaskan teori yang berbeza. Namun, dimensi utama iklim dalam Islam yang melibatkan persekitaran, penghayatan serta pengamalan cara hidup masih kurang dikaji. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau penghayatan dan pengamalan iklim dini di sekolah-sekolah agama dalam pembentukan kemenjadian pelajar. Oleh itu, kebolehpercayaan instrumen iklim dini telah dilakukan melalui kajian rintis yang melibatkan pelajar di tiga jenis sekolah menegah agama yang berbeza iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di negeri Kelantan. Manakala kesahan kandungan pula disahkan oleh tujuh pakar bidang. Setelah pandangan dan cadangan daripada tujuh orang panel pakar dan juga kebolehbacaan daripada responden ini telah diperbaiki, kajian rintis dijalankan terhadap105 orang pelajar tingkatan empat di ketiga-tiga jenis sekolah. Data kajian rintis ini telah dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (IBM SPSS versi 22) bagi mendapatkan nilai pekali Alpha Cronbach. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi ketujuh-tujuh konstruk berada pada tahap tinggi dan boleh diterima dengan nilai di antara 0.60 dan 0.96. Dapatan ini diharap menjadi rujukan para penyelidik untuk pereplikaan kajian dalam konteks yang berbeza bagi membentuk pelajar secara seimbang. Implikasi kajian rintis ini penting dalam melahirkan kemenjadian pelajar secara holistik dengan pengaplikasian iklim dini di sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi, Pelaksanaan, Kemenjadian Pelajar, Iklim Dini.
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 30 Mar 2022 03:00
Last Modified: 22 May 2022 01:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6668

Actions (login required)

View Item View Item