Penerapan uslub dakwah dalam politik di Kelantan

Berhanundin, Abdullah and Nor Bahiah Jailami, Ab Rahman (2019) Penerapan uslub dakwah dalam politik di Kelantan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 2 (4). pp. 105-113. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-19-35501.pdf
Restricted to Registered users only

Download (324kB)

Abstract

Penerapan uslub dakwah dalam arena politik khususnya di Kelantan kini menjadi penyumbang utama dalam proses penyampaian mesej dakwah kepada masyarakat. Antara permasalahan kajian ini ialah pengaruh Islam menjadi aspek utama penerimaan dalam masyarakat terhadap golongan agamawan. Golongan agamawan menghayati sepenuhnya peluang ini untuk kesejahteraan kepada rakyat dan agama. Masyarakat Kelantan yang mempunyai asas agama yang tinggi sentiasa menilai terhadap setiap pendekatan politik yang dilaksanakan di negeri itu. Ini menunjukkan bahawa pendekatan politik agamawan lebih mendapat sambutan daripada masyarakat Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti uslub dakwah dalam politik di Kelantan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Dapatan awal kajian ini mendapati bahawa uslub dakwah dalam politik sangat berperanan dalam mempengaruhi masyarakat. Pendekatan keilmuan, kebajikan dan keadilan dan meletakkan nilai-nilai Islam sebagai elemen utama dalam pentadbiran menjadi ukuran untuk masyarakat memberi sokongan dan menerima golongan agamawan sebagai peneraju kuasa pemerintahan. Pendekatan ini selari dengan fitrah kehidupan masyarakat Kelantan serta kehidupan mereka lebih terjamin dan berkebajikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Penerapan, uslub dakwah, politik, Kelantan
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 29 Mar 2022 01:41
Last Modified: 22 May 2022 01:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6625

Actions (login required)

View Item View Item