Berhanundin, Abdullah and Nurul Effa Atiekah, Abdullah (2019) Peranan wanita muslimah dalam dakwah kepada keluarga dan masyarakat [The role of women’s muslim in da’wah to family and community]. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 20 (1). pp. 16-27. ISSN 2289 6325
![]() |
Text
FH02-FKI-19-35393.pdf Restricted to Registered users only Download (290kB) |
Abstract
Wanita Muslimah merupakan wanita yang menjaga dirinya dengan mentaati perintah Allah, melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Mereka berperanan dalam kehidupannya samada sebagai hamba, anak, isteri, ibu serta pendakwah kepada keluarga dan masyarakat. Keberadaan pendakwah dari kalangan wanita ini membuka persoalan bahawa setiap wanita yang bergerak dalam tugas dakwah itu perlu tahu akan peranan mereka dalam menggerakkan usaha dakwah terhadap keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan yang boleh dilakukan oleh pendakwah wanita dalam usaha dakwah mereka dalam keluarga dan masyarakat. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui pembacaan buku-buku ilmiah, kajian-kajian terdahulu serta pandangan dari tokoh-tokoh dalam pengajian Islam. Peranan wanita dalam keluarga, sebagai anak wajib mentaati perintah kedua ibubapa, sebagai seorang isteri wajib mentaati suami dengan menjaga diri serta kebajikan dan harta benda suami, sebagai seorang ibu perlu memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak dengan mengajar mereka mengenai akidah serta akhlak Islam. Peranan wanita dalam masyarakat pula lebih menjurus kepada kerja-kerja amal kebajikan dan sumbangan wanita sama ada melalui institusi pendidikan, ekonomi dan politik. Seterusnya memberi kesan kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Wanita, Muslim, Keluarga, Masyarakat, Dakwah |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 29 Mar 2022 01:36 |
Last Modified: | 22 May 2022 01:25 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6624 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |