Kajian literatur ciri-ciri pendakwah wanita dalam membina penghargaan kendiri remaja

Berhanundin, Abdullah and Mostafa Hassan, Mohamed El Khayat and Nor Salimah, Abu Mansor and Zawawi, Yusoff (2019) Kajian literatur ciri-ciri pendakwah wanita dalam membina penghargaan kendiri remaja. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 2 (4). pp. 114-123. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-19-35358.pdf
Restricted to Registered users only

Download (360kB)

Abstract

Remaja pada masa kini banyak terdedah dengan masalah sosial dan ia mendatangkan kesan kepada akhlak yang tidak baik. Selain daripada pendakwah lelaki, golongan wanita juga didorong oleh rasa kecaknaan sebagai seorang pendakwah turut sama memberi sumbangan kepada permasalahan remaja masa kini terutama dalam kalangan remaja perempuan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pendakwah (wanita) dalam membina penghargaan kendiri remaja. Reka bentuk kajian ialah kualitatif menerusi analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati ciri-ciri pendakwah (wanita) yang terdiri daripada berilmu pengetahuan, berketerampilan Islam, berakhlak, memberi contoh teladan yang baik, lembut lunak dan hatinya sentiasa mengingati Allah s.w.t. Melalui ciri-ciri itu dapat membantu dan membentuk penghargaan kendiri remaja kepada yang lebih baik seperti sentiasa tenang, bersikap lebih terbuka, mudah berinteraksi, dan tidak mudah mengalah dalam mencari kebenaran dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pendakwah Wanita, Penghargaan Kendiri, Remaja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 29 Mar 2022 01:31
Last Modified: 22 May 2022 01:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6623

Actions (login required)

View Item View Item