Analisis Garis Panduan Agihan Zakat (Had Al-Kifayah) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Mohd Sadad, Mahmud and Muhammad Syarif, Omer (2019) Analisis Garis Panduan Agihan Zakat (Had Al-Kifayah) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Journal of Fatwa Management and Research, 17 (2). pp. 1-13. ISSN 2232-1047

[img] Text
FH02-FPP-20-36680.pdf
Restricted to Registered users only

Download (383kB)
[img] Text
FH02-FPP-20-36681.pdf
Restricted to Registered users only

Download (165kB)
[img] Text
FH02-FPP-20-37445.pdf
Restricted to Registered users only

Download (203kB)

Abstract

Ḥadd al-kifāyah di dalam sistem zakat adalah satu instrumen bagi mengukur sama ada seseorang Muslim perlu membayar zakat atau menjadi penerima zakat. Selain itu, menjadi satu perkara yang penting bagi institusi-institusi zakat memastikan kerelevenan ḥadd al-kifāyah dengan kos sara hidup semasa kerana peningkatan kos sara hidup sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) yang dikeluarkan secara dwitahunan menunjukkan berlaku peningkatan kos sara hidup rakyat Malaysia khususnya di Terengganu dari tahun ke tahun. Maka kajian ini akan mengenalpasti dan menganalisis ḥadd al-kifāyah yang digunakan oleh institusi zakat di Terengganu dengan perbandingan beberapa item yang terpilih dan bersesuaian dengan elemen-elemen ḥadd al-kifāyah di dalam Indeks Harga Pengguna yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian dalam bentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian penerokaan (exploratory research). Hasil kajian mendapati terdapat satu jumlah perbezaan yang ketara antara ḥadd al-kifāyah yang digunakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan konsep ḥadd al-kifāyah yang dibina daripada elemen-elemen yang boleh diterima pakai sebagai elemen ḥadd al-kifāyah dalam Indeks Harga Pengguna. Oleh itu, ḥadd al-kifāyah yang diamalkan perlu diperbaharui secara berkala agar sentiasa releven dengan ḥadd alkifāyah yang diperlukan oleh masyarakat semasa.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 28 Mar 2022 02:50
Last Modified: 22 May 2022 01:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6602

Actions (login required)

View Item View Item