Tahap pengetahuan masyarakat terhadap keganasan rumah tangga: Kajian rintis

Siti Hajar, Abdul Rauf and Nurulaslizawati, Ayob (2019) Tahap pengetahuan masyarakat terhadap keganasan rumah tangga: Kajian rintis. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4 (7). pp. 62-67. ISSN 2504-8562

[img] Text
FH02-FSSG-19-33904.pdf
Restricted to Registered users only

Download (656kB)

Abstract

Keganasan rumah tangga merujuk kepada penyalahgunaan kuasa yang digunakan sama ada oleh suami kepada isteri dan/atau sebaliknya melalui keganasan, ancaman keganasan atau mengawal ekonomi serta kehidupan sosial. Satu kajian rintis dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden telah dipilih secara rawak mudah. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan analisis berbentuk deskriptif untuk mengukur min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi menerangkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat mengenai keganasan rumah tangga adalah pada tahap yang sederhana. Dicadangkan agar pihak bewajib melipatgandakan usaha atau inisiatif dengan menguar-uarkan kepada masyarakat khususnya maklumat mengenai keganasan rumah tangga supaya masyarakat pada hari ini lebih peka mengenai isu keganasan rumah tangga.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: keganasan rumah tangga, pengetahuan masyarakat
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 27 Mar 2022 07:41
Last Modified: 22 May 2022 01:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6585

Actions (login required)

View Item View Item