Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi arab oleh penutur natif melayu: Penelitian berasaskan perbezaan jantina

Majdan, Paharal Radzi and Rahim, Aman and Shahidi, A. Hamid (2019) Ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi arab oleh penutur natif melayu: Penelitian berasaskan perbezaan jantina. Jurnal Melayu, 18 (1). pp. 13-28. ISSN 1675-7513

[img] Text
FH02-FBK-19-31854.pdf
Restricted to Registered users only

Download (793kB)
[img] Text
FH02-FBK-20-37438.pdf
Restricted to Registered users only

Download (202kB)

Abstract

Makalah ini bertujuan menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Secara khusus, kajian ini bertujuan memerihalkan aspek kualiti suara dalam penghasilan bunyi berkenaan berasaskan perbezaan jantina. Kajian ini memanfaatkan kaedah kepustakaan, kaedah lapangan dan makmal. Perisian PRAAT digunakan semasa analisis spektograf. Kajian yang dikemukakan oleh pengkaji meliputi parameter Masa Mula Suara dan Tempoh Masa Penyuaraan Frikatif bagi melihat perbezaan ciri-ciri akustik yang dihasilkan oleh penutur lelaki dan perempuan. Data linguistik terdiri dari bunyi plosif dan frikatif Melayu dan Arab di awal dan di tengah kata. Menerusi hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri akustik bunyi faringealisasi Arab oleh penutur natif Melayu berdasarkan jantina. Oleh itu, perbezaan jantina tidak memberi kesan dalam penguasaan pertuturan bahasa Arab khususnya faringealisasi. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para pengkaji dalam memperdalami ilmu fonetik akustik dan memperkaya kosa ilmu dalam dimensi yang berbeza.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: perbezaan jantina; bunyi faringealisasi Arab; fonetik akustik; analisis spektrograf; kualiti suara.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 24 Mar 2022 03:13
Last Modified: 24 Mar 2022 03:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6545

Actions (login required)

View Item View Item