Penambahbaikan rancangan al-arabiyyah fi al-radio melalui penggunaan live video dalam facebook

Mohd Shahrizal, Nasir and Mohd Firdaus, Yahaya and Muhammad Sabri, Sahrir (2019) Penambahbaikan rancangan al-arabiyyah fi al-radio melalui penggunaan live video dalam facebook. Jurnal Kesidang, 4 (1). pp. 109-119. ISSN 2600-7851

[img] Text
FH02-FBK-19-30510.pdf
Restricted to Registered users only

Download (527kB)

Abstract

Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab merupakan satu keperluan sejajar dengan kemajuan masa kini. Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio merupakan satu medium pembelajaran bahasa Arab melalui radio untuk orang awam. Makalah ini membincangkan proses penambahbaikan yang telah dilakukan dalam rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dengan pemanfaatan media sosial Facebook® . Realitinya, perkembangan Facebook® telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Berdasarkan dapatan kajian lepas, beberapa respons pendengar telah diambil kira untuk tujuan penambahbaikan rancangan. Makalah ini menyenaraikan beberapa penambahbaikan yang dilakukan khususnya menerusi kemudahan Live Video dalam Facebook® . Kesimpulannya, penambahbaikan rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dapat dilakukan mengikut saranan pendengar dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam Facebook® . Oleh itu, diharapkan rancangan ini dapat terus memberi manfaat kepada para pendengar setelah usaha penambahbaikan dilakukan selaras dengan respons pendengar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran menerusi radio, Al-Arabiyyah Fi Al-Radio, media sosial, Facebook®
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 21 Mar 2022 04:36
Last Modified: 22 May 2022 02:30
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6479

Actions (login required)

View Item View Item