Penggunaan analisis penerokaan faktor bagi instrumen pengaruh media massa terhadap pelajar bermasalah disiplin

Mohd Sani, Ismail and Noradilah, Abdul Wahab and Najmi, Muhamad (2019) Penggunaan analisis penerokaan faktor bagi instrumen pengaruh media massa terhadap pelajar bermasalah disiplin. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 2 (1). ISSN 2682-759X

[img] Text
FH02-FKI-19-29426.pdf
Restricted to Registered users only

Download (284kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen pengaruh media massa bagi pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah. Seramai 100 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini merupakan gabungan beberapa isntrumen daripada kajian-kajian terdahulu seperti instrumen daripada kajian The Effect by Violent Media on Aggression yang telah dibina oleh Buss and Perry (Aggression Questionnaire, 1992), Television Violence and The Adolescent yang telah dibina oleh William (1978), kajian Rita Njoroge (2013) dan kajian Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Ahmad Arifin Sapar (2013). Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.877 iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan lima faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.852 > 0.6 menunjukkan item-item dalam pemboleh ubah pengaruh media massa mencukupi untuk inter-korelasi. Manakala Ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 788.191, p <0.05. nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy, MSA) untuk korelasi item melebihi 0.6. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa item yang perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.60 seperti item C5, C13, C14, C27, C31, C38, C39, C41, C42, C45, C46 dan C50. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh lima faktor tersebut adalah 70.179. Oleh itu, keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen pengaruh media massa dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengaruh Media Massa;Analisis Penerokaan Faktor
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 20 Mar 2022 06:17
Last Modified: 20 Mar 2022 06:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6424

Actions (login required)

View Item View Item