Hanif, Md Lateh @ Junid (2018) Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1 (1). pp. 1-7. ISSN 2600-9080
Text
FH02-FKI-18-13960.pdf Restricted to Registered users only Download (270kB) |
Abstract
Perlembagaan Terengganu 1911 ialah teks bertulis kedua yang disifatkan berada dalam konteks ketatanegaraan di Tanah Melayu. Teks ini terhasil selepas penggubalan Perlembagaan Johor 1895. Bagaimanapun, kelahiran teks ini ketika era campur tangan British di Terengganu menjadi asas kepada keperluan kajian ini. Kedudukannya pada era tersebut menimbulkan persoalan, adakah ia menetapi unsur Islam-Melayu yang telah sedia menjadi amalan di Alam Melayu? Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menilai kewujudan fasal dalam teks perlembagaan tersebut yang berteraskan parameter ketatanegaraan Alam Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi reka bentuk kajian sejarah. Pengumpulan data dibuat melalui dokumen sumber pertama, iaitu salinan teks bersama dengan interpretasi dokumen sekunder. Kajian dianalisis dengan tatacara komparatif antara teks primer dengan parameter yang ditetapkan. Kajian mendapati bahawa unsur Islam-Melayu sebagaimana dalam parameter tersebut jelas diadun dalam teks. Selain itu, keberadaan ini menjadi pemangkin kepada kelangsungan warisan ketatanegaraan Melayu. Justeru, kajian menyimpulkan keberadaan teks ini menongkah arus kehendak era campur tangan British. Selain itu, kajian turut melihat keperluan untuk melakukan penelitian lanjutan dalam setiap undang-undang tubuh kerajaan, seterusnya kepada penggubalan perlembagaan berasaskan model warisan ketatanegaraan Islam-Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Perlembagaan Terengganu 1911, ketatanegaraan, Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk Cite |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc J Political Science > J General legislative and executive papers |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 20 Mar 2022 04:22 |
Last Modified: | 20 Mar 2022 04:22 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6417 |
Actions (login required)
View Item |