Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi [The application of Fuzzy Delphi method in developing animation based vocabulary learning module]

Norhayati, Che Hat and Muhammad Azhar, Zailaini and Zaharah, Hussin (2019) Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi [The application of Fuzzy Delphi method in developing animation based vocabulary learning module]. Trends in Social Sciences (TSS), 2 (1). pp. 53-67. ISSN 2637-0735

[img] Text
FH02-FBK-19-29063.pdf
Restricted to Registered users only

Download (937kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Arab tentang reka bentuk modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi bagi membantu murid sekolah rendah mempelajari kosa kata baharu, memahami makna, mengingat dan dapat mengaplikasikannya dalam ayat menggunakan aplikasi kaedah Fuzzy Delphi. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan konsensus pakar terhadap empat aspek utama dalam pembangunan modul pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan animasi; iaitu i) komponen utama modul pembelajaran kosa kata; ii) reka bentuk modul dari aspek strategi persembahan, aktiviti, latihan dan penilaian; iii) strategi persembahan kosa kata dalam modul; dan iv) aplikasi prinsip multimedia. Teknik Fuzzy Delphi (FDM) digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar dengan mengedarkan soal selidik kepada 19 orang pakar yang terdiri daripada tiga kategori; iaitu pakar bahasa Arab, pakar teknologi pendidikan dan juga pakar dalam pembinaan modul. Instrumen soal selidik terdiri 4 bahagian merangkumi 54 item. Dapatan kajian terhadap konsensus pakar menunjukkan 52 item kajian mempunyai nilai purata dan penilaian pakar adalah kurang dari nilai threshold (d) < 0.2 dan peratus persetujuan pakar juga melebihi nilai 75%. Manakala 2 item yang tidak mendapat peratus persetujuan pakar iaitu kurang daripada nilai 75% ditolak. Item-item yang telah mendapat konsensus pakar telah disaring dengan membuang atau menambah item mengikut cadangan pakar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembangunan, modul pembelajaran, kosa kata bahasa Arab, Animasi, Kaedah Fuzzy Delphi.
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 20 Mar 2022 02:52
Last Modified: 22 May 2022 02:45
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6394

Actions (login required)

View Item View Item