Kupasan Historik Status Malaysia sebagai Negara Islam

Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad and Mohd Sufian, Moktar and Abdul Karim, Ali (2018) Kupasan Historik Status Malaysia sebagai Negara Islam. Islamiyyat, 40 (1). pp. 43-50. ISSN 0126-5636

[img] Image
FH02-FKI-18-14420.jpg
Restricted to Registered users only

Download (101kB)
[img] Image
FH02-FKI-18-14421.jpg
Restricted to Registered users only

Download (56kB)

Abstract

Antara isu politik yang agak berpanjangan di Malaysia adalah isu keabsahan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ia adalah suatu polemik yang berakar umbikan sejarah, kekinian dan masa hadapan. Pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri keempat ternyata telah meredakan polemik ini tetapi tidak berjaya memadamkannya. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menganalisis semula pengisytiharan ini secara strategi demi memberi impak yang positif pada masa mendatang. Kajian berbentuk kualitatif ini merujuk kepada bahan-bahan kepustakaan demi melakukan beberapa analisis mencakupi induktif, deduktif, historikal, mahupun komparatif. Kajian ini mendapati ada lima ciri negara Islam yang biasanya disebut dalam karya-karya fiqh kenegaraan Islam, iaitu keamanan, kepimpinan, penduduk, status asal sesebuah wilayah dan pelaksanaan undang-undang Islam. Polemik tentang status Malaysia sebagai negara Islam, kebiasaannya merujuk kepada penekanan pihak-pihak yang terlibat kepada ciri yang pertama dan kelima. Kajian juga melihat secara strateginya pengisytiharan tersebut yang bertunjangkan kepada keamanan dan kestabilan negara memberi impak yang positif dari sudut memberi ruang yang lebih kepada pelaksanaan Islam pada masa akan datang. Sungguhpun demikian, umat Islam perlu meneruskan penambahbaikan dari sudut pelaksanaannya dari masa ke semasa. Kajian ini amat bersetuju dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ataupun sekurang-kurangnya sebagai Dar al-Islam sebagaimana yang disebut oleh Wahbah al-Zuhayli.

Item Type: Article
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Mar 2022 07:24
Last Modified: 17 Mar 2022 07:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6382

Actions (login required)

View Item View Item