Fana’ Dalam Wacana Sufi Nusantara: Tinjauan Terhadap Pemikiran Sufi Sheikh Daud Al-Fatani

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Nur Syazana, Adam (2018) Fana’ Dalam Wacana Sufi Nusantara: Tinjauan Terhadap Pemikiran Sufi Sheikh Daud Al-Fatani. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (16). pp. 22-32. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-14467.pdf
Restricted to Registered users only

Download (653kB)

Abstract

Fana‟ menurut disiplin Ilmu Tasawuf ialah lenyap sifat manusiawi yang terbelenggu dengan pelbagai tuntutan syahwat dan hawa nafsu, hal keadaan tumpuan ingatan hati hanya tenggelam dalam menghayati sifat kesempurnaan dan keagungan Allah SWT. Hal demikian adalah kerana fana‟ merupakan kesedaran aras tinggi dan tumpuan ingatan yang jitu yang hanya terumpu kepada Allah SWT hingga ingatan dan perasaan terhadap perkara lain menjadi tumpul seolah-olah lenyap daripada ingatan. Walaupun begitu, dalam wacana pemikiran akidah, banyak ditimbulkan isu-isu yang berkait dengan kesilapfahaman dan penyelewengan terhadap institusi tarekat khususnya yang berkait dengan konsep fana‟. Oleh yang demikian, artikel ini cuba mengetengahkan konsep fana‟ menurut Sheikh Daud al-Fatani (w. 1847M) menerusi karya beliau untuk meneliti sejauh mana konsep fana yang telah dikemukakan oleh beliau selaras dengan tokoh sufi Nusantara yang lain dan tokoh-tokoh sufi silam lain yang muktabar. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan merujuk karya sufi Sheikh Daud al-Fatani yang berjudul “al-Manhal al-Safi fiBayan al-Ramz al-Sufi”. Kajian mendapati bahawa istilah fana‟ yang dikemukakan oleh Sheikh Daud al-Fatani selaras dengan makna fana‟ yang telah diketengahkan oleh tokoh sufi Nusantara seperti Sayyid Abdul Rahman (w. 1917M), Sheikh Abdul Samad al-Falimbani (w. 1788M) dan tokoh sufi silam yang muktabar. Walau bagaimanapun, penggunaan istilahnya agak berbeza dalam memberi penjelasan tentang pengertian fana‟. Di samping itu, Sheikh Daud al-Fatani dalam karya beliau lebih banyak menumpukan perbincangan terhadap aspek peringkat kewujudan yang diistilahkan oleh beliau sebagai martabat tujuh. Kajian menyimpulkan bahawa konsep fana‟ yang dikemukakan beliau merupakan suatu jambatan asas yang penting dalam memahami konsep fanā‟ yang digunapakai oleh pengamal tarekat kesufian dalam kalangan masyarakat kini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Fana‟, Syeikh Daud al-Fatani, Sufi Nusantara, Martabat Tujuh, al-Manhal al-Safi Bayan al-Ramz al-Sufi.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Mar 2022 06:35
Last Modified: 17 Mar 2022 06:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6378

Actions (login required)

View Item View Item