Norasyikin, Osman and Siti Hawani, Hamid (2019) Penggunaan hamzah alwasl dan hamzah alqat‘ dalam kemahiran menulis pelajar universiti. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 5 (1). pp. 9-18. ISSN 2289-960X
Text
FH02-FBK-19-28971.pdf Restricted to Registered users only Download (190kB) |
Abstract
Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran terpenting selain kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh pelajar agar mereka dapat menguasai penulisan bahasa Arab dengan baik terutamanya dalam penulisan hamzah alwasl dan hamzah alqat’. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan hamzah alwasl dan hamzah alqat’ dalam kalangan pelajar. Seramai 70 orang pelajar dalam bidang bahasa Arab di salah sebuah universiti pantai timur, Malaysia telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Ia seterusnya diedarkan kepada responden yang terpilih untuk mendapatkan data yang sesuai dengan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar berkemampuan dan mengambil berat terhadap tajuk hamzah alwasl dan hamzah alqat’. Justeru, kajian dapat merumuskan bahawa penggunaan hamzah alwasl dan hamzah alqat’ dalam kalangan pelajar bidang bahasa Arab di salah sebuah universiti pantai timur, Malaysia berada pada tahap yang baik berdasarkan kepada hasil kajian yang diperoleh. Kajian ini turut mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan kepada pihak tertentu bagi memantapkan lagi penguasaan tajuk hamzah alwasl dan hamzah alqat’ dalam kalangan pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kemahiran menulis, hamzah alwasl, hamzah alqat’ |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 17 Mar 2022 04:55 |
Last Modified: | 17 Mar 2022 04:55 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6376 |
Actions (login required)
View Item |