Pengesahan instrumen pengukuran masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar islam: Analisis penerokaan faktor (EFA)

Mohd Sani, Ismail and Noradilah, Abdul Wahab and Najmi, Muhamad (2019) Pengesahan instrumen pengukuran masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar islam: Analisis penerokaan faktor (EFA). Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari © Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, 20 (3). 001-007. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-19-28898.pdf
Restricted to Registered users only

Download (237kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen pengaruh media massa bagi pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah. Seramai 100 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini berdasarkan laporan statistik kesalahan disiplin daripada KPM. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.765 iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan lima faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.716 > 0.6 menunjukkan item-item dalam pemboleh ubah pengaruh media massa mencukupi untuk inter-korelasi. Manakala Ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 399.265, p <0.05. nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.6. Walaubagaimanapun, terdapat satu item yang perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.60 iaitu item D12. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh lima faktor tersebut adalah 61.156. Oleh itu, keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen masalah disiplin dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: masalah disiplin; kebolehpercayaan; analisis penerokaan faktor
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Mar 2022 03:50
Last Modified: 17 Mar 2022 03:50
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6373

Actions (login required)

View Item View Item