Korelasi antara Projek Genom Melayu dengan Akidah Islam

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Wan Rohani, Wan Taib and Mohd Hudzari, Haji Razali (2018) Korelasi antara Projek Genom Melayu dengan Akidah Islam. Islāmiyyāt, 40 (1). pp. 31-42. ISSN 0126-5636

[img] Text
FH02-FKI-18-14577.pdf
Restricted to Registered users only

Download (267kB)

Abstract

Projek Genom Melayu (PGM) merupakan penyelidikan berkaitan genom bangsa Melayu yang dipelopori oleh dua buah Universiti Awam (UA) di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menfokuskan penghasilan produk farmaseutikal dan mengenal pasti asal-usul bangsa Melayu itu sendiri. Walaupun ia sangat bermanfaat kepada masyarakat Melayu, penyelidikan ini masih terikat dengan etika sains dan nilai-nilai kemanusiaan berkaitan perundangan dan keagamaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan kerangka teori kajian dan mengenal pasti hubungan antara PGM dengan akidah Islam seterusnya mencadangkan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) terhadap PGM sebagai tapisan kedua selapas etika sains. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang dikenali sebagai Kaedah Campuran Penerokaan Berturutan (Exploratory Sequencial Mixed Method) terhadap literatur utama dalam bidang berkaitan menggunakan analisis kandungan dan soal selidik terhadap ahli akademik UA di Malaysia menggunakan perisian IBM SPSS 21.0. Kajian ini mendedahkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembolehubah-pembolehubah kajian (p-value < 0.05) iaitu PGM dengan akidah Islam (0.403), akidah Islam dengan IPAI (0.639) dan PGM dengan IPAI (0.304). Oleh yang demikian, integrasi antara PGM dengan akidah Islam mampu menghasilkan penyelidikan saintifik yang selari dengan ajaran Islam di samping memberi nilai tambah terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Korelasi; integrasi; Projek Genom Melayu; akidah Islam; Indeks Pematuhan Akidah Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Mar 2022 03:01
Last Modified: 17 Mar 2022 03:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6362

Actions (login required)

View Item View Item