Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Pada Kalangan Pelajar Cemerlang

Nurazan, Mohmad Rouyan and Mohd Zaki, Ismail and Kaseh, Abu Bakar and Nik Farhan, Nik Mustapha (2018) Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Pada Kalangan Pelajar Cemerlang. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 1 (31). pp. 47-68. ISSN 2180-3463

[img] Text
FH02-FBK-18-14585.pdf
Restricted to Registered users only

Download (570kB)

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan protokol berfikir lantang, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Ia bertujuan untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh pelajar cemerlang ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Seramai sembilan pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah dipilih sebagai peserta kajian ini. Mereka diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Data protokol berfikir lantang, temu bual dan pemerhatian dianalisis secara manual untuk mencari tema dan diberi kod. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kosa kata ketika belajar kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab, namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Penggunaan strategi yang terhad dan dilaksanakan secara mendatar menuntut guru bahasa Arab untuk mengajarkan kepada para pelajar strategi pembelajaran kosa kata yang lebih efektif. Mereka mesti dibimbing dan dilatih untuk memilih dan menggunakan strategi pembelajaran kosa kata secara berkesan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: vocabulary learning strategies, Arabic affixes, Arabic language, excellent student
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 17 Mar 2022 02:32
Last Modified: 17 Mar 2022 02:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6352

Actions (login required)

View Item View Item