Kajian rintis strategi pembelajaran kemahiran berbahasa arab

Kamarul Shukri, Mat Teh and Nadhilah, Abdul Pisal (2019) Kajian rintis strategi pembelajaran kemahiran berbahasa arab. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 16 (7). pp. 1-12. ISSN 1823-884x

[img] Text
FH02-FKI-19-28203.pdf
Restricted to Registered users only

Download (472kB)
[img] Text
FH02-FKI-20-37436.pdf
Restricted to Registered users only

Download (202kB)

Abstract

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa merupakan salah satu alternatif yang dapat membantu pelajar mempelajari dan menguasai pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini turut mengenal pasti tahap penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar. Seramai 30 orang pelajar daripada salah sebuah sekolah menengah agama di Kedah terlibat dalam kajian rintis ini. Data kajian pula diperoleh melalui soal selidik. Tahap kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alfa Cronbach 0.956. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan strategi secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar adalah rendah. Justeru, pelajar diharapkan dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran bahasa Arab di dalam dan di luar kelas supaya mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk menggunakan strategi dengan lebih bijak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran bahasa, strategi pembelajaran kemahiran berbahasa, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, bahasa Arab
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 17 Mar 2022 01:10
Last Modified: 17 Mar 2022 01:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6333

Actions (login required)

View Item View Item