Kajian Terhadap Ayat-Ayat Ijaz Ilmi Dalam Surah Al-Ra'd

Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin and Karimah, Mat Zin and Imam, Fauji (2018) Kajian Terhadap Ayat-Ayat Ijaz Ilmi Dalam Surah Al-Ra'd. HALAQA: Islamic Education Journal 2, 2 (1). pp. 53-73. ISSN 2503-5405

[img] Text
FH02-FKI-18-15190.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai salah satu disiplin ilmu yang terpenting dalam Ulum al-Qurān yaitu i‘jāz al-Qurān. Al-Qurān kitab Allah SWT yang merupakan mukjizat terbesar dan kekal kepada nabi Muhammad SAW. Al-Qurān merupakan cahaya rabbani dan wahyu samawi yang memberi petunjuk dan panduan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat ruhiyyah akliyyah bukan hissiyyah. Allah telah mengkhususkan al-Qurān sebagai mukjizat akal yang kekal sepanjang zaman supaya menjadi bahan pemikiran para cendikiawan dan ilmuan. Semoga dengan kajian tersebut manusia dapat pencerahan daripada cahayanya, mendapat faedah daripada petunjuknya untuk menghadapi hari-hari muka. Di dalam al-Qurān terdapat banyak bentuk-bentuk i‘jāz antaranya ialah al-bayāniy, al-tashrī‘iy, al-ghaibiy dan al-‘ilmiy. Dalam hal ini pengkaji akan memfokuskan kajian terhadap mukjizat al-Qurān dari sudut i‘jāz ‘ilmiy dalam surah al-Ra‘d. Kajian ini merujuk kepada metode penyelidikan kualitatif yaitu analisis teks ayat-ayat al-Qurān surah al-Ra‘d berdasarkan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Selain daripada itu penemuan sains moden oleh sarjana berkaitan turut dianalisis. Objektif kajian ialah untuk menjelaskan konsep i‘jāz ‘ilmiy.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ayat-ayat I’Jāz; Surah al’A’Rad
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 16 Mar 2022 07:23
Last Modified: 16 Mar 2022 07:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6315

Actions (login required)

View Item View Item