Penerimaan Masyarakat Terhadap Kursus Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bentong 2016-2017

Hanif, Md Lateh @ Junid and Mohd Fazli Khaisunizam, Ismail and Siti Shuhaili, Mohamad Moha (2018) Penerimaan Masyarakat Terhadap Kursus Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bentong 2016-2017. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1 (2). pp. 177-188. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-FKI-18-15369.pdf
Restricted to Registered users only

Download (522kB)

Abstract

Penubuhan Kolej Komuniti di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk memperkasakan pendidikan berbentuk TVET di Malaysia. Di samping itu, matlamat penduanya adalah pelaksanaan kursus sepanjang hayat untuk komuniti setempat dan golongan sasaran. Keadaan ini sejajar dengan peningkatan dan permintaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Kajian bermatlamat meneliti dan menganalisis penerimaan serta penglibatan komuniti dalam kursus PSH di Kolej Komuniti Bentong. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi melalui fail sumber primer dalam rekod kursus PSH Kolej Komuniti Bentong. Data ini ditambah baik dari sumber sekunder berbentuk dapatan khidmat pelanggan dan laporan berkaitan dengan PSH di samping pemerhatian pengkaji ke atas peserta kursus. Kajian mendapati, penerimaan dan penglibatan komuniti dalam kursus berkaitan PSH meningkat serta relevan dikekalkan. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dalam data penglibatan peserta PSH berasaskan kaum di Kolej Komuniti Bentong. Kajian mengusulkan supaya kajian tinjauan dilakukan terus pada komuniti untuk meneliti persepsi terhadap kewujudan kolej komuniti terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Usulan ini akan membawa pada dapatan faktor dan kaedah mempertingkatkan penyampaian kursus PSH terhadap kaum Cina dan India.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kolej Komuniti Bentong, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Komuniti, Bentong, Pahang.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 16 Mar 2022 06:23
Last Modified: 16 Mar 2022 06:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6300

Actions (login required)

View Item View Item