Zulkifli, Mohd and Asiah, Bidin and Jamalludin, Hashim and Engku Muhammad Tajuddin, Engku Ali (2018) Hukum Anak Luar Nikah Menjadi Imam Solat. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 18 (1). pp. 35-44. ISSN 2289-6325
Text
FH02-FKI-18-15491.pdf Restricted to Registered users only Download (408kB) |
Abstract
Kedudukan dan status anak luar nikah sering menjadi perbincangan dalam masyarakat termasuk mengaitkan kesahan tindakan mereka khususnya dalam perkara ibadat. Artikel ini bertujuan menghuraikan pandangan Islam terhadap status anak luar nikah dan hukum anak luar nikah menjadi imam solat berjemaah. Beberapa penulisan serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dirujuk dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan anak luar nikah tidak sah tarafnya dan tidak boleh dibinkan kepada bapa biologinya. Meskipun begitu, status mereka sebagai seorang manusia yang merdeka perlu dihormati dan dilayan sebagaimana manusia biasa. Para fuqaha juga telah sepakat mengharuskan anak luar nikah menjadi imam dalam sembahyang jika syarat dan kriteria seorang imam dapat dipenuhi serta sekiranya tiada orang lain yang sah tarafnya yang layak dan boleh menjadi imam. Jika ada bersama anak luar nikah tersebut orang lain yang sah tarafnya yang layak dan boleh menjadi imam, para fuqaha telah berbeza pendapat mengenai keharusan anak luar nikah menjadi imam. Hasil daripada perbandingan antara pendapat-pendapat fuqaha terdahulu, pendapat yang mengharuskannya lebih kuat dan lebih sesuai untuk diterima pakai dalam suasana semasa dan realiti masyarakat pada hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Anak Luar Nikah, Anak Tidak Sah Taraf, Imam, Solat Berjemaah, Bapa Biologi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 16 Mar 2022 04:19 |
Last Modified: | 16 Mar 2022 04:19 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6291 |
Actions (login required)
View Item |