Kemenjadian pelajar berasaskan strategi dan pelaksanaan iklim dini: Satu konseptualisasi

Kamarul Shukri, Mat Teh and Raihan, Mohd Arifin (2019) Kemenjadian pelajar berasaskan strategi dan pelaksanaan iklim dini: Satu konseptualisasi. Asian People Journal, 2 (1). pp. 54-63. ISSN 2600-8971

[img] Text
FH02-FKI-19-26500.pdf
Restricted to Registered users only

Download (502kB)

Abstract

Iklim dini diistilahkan daripada persekitaran Islam sesebuah komuniti yang menitikberatkan cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak mengikut keperibadian yang diajar dalam Islam. Dimensi utama iklim dalam Islam yang melibatkan persekitaran, penghayatan, dan pengamalan cara hidup masih kurang terdapat teori atau konsep yang begitu jelas. Kertas ini bertujuan untuk mengkonseptualisasikan strategi dan pelaksanaan iklim dini serta pengaruhnya terhadap kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Kemenjadian pelajar sekolah menengah agama sering dipandang serius oleh masyarakat sebagai contoh teladan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah aliran biasa. Walaupun setiap sekolah mempunyai tujuan yang hampir sama, namun sekolah-sekolah ini lazimnya mempunyai strategi dan pelaksanaan iklim sekolah yang tersendiri. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini diharap dapat membantu pihak pelaksana mengenal pasti strategi dan pelaksanaan iklim yang dijalankan oleh sesebuah sekolah agama dalam membentuk kemenjadian pelajar. Pendekatan konseptualisasi melalui analisis dokumen digunakan bagi menghubungkan strategi dan pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar. Implikasi dan cadangan untuk kajian masa depan mengenai strategi iklim dini akan dibincangkan secara terperinci.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemenjadian Pelajar, Iklim Dini, Strategi, Pelaksanaan
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 16 Mar 2022 02:37
Last Modified: 16 Mar 2022 02:37
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6272

Actions (login required)

View Item View Item