Faktor-faktor penentu kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Ibrahim, Mamat and Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang (2019) Faktor-faktor penentu kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Akademika : Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara, 89 (2). pp. 3-15. ISSN 0126-5008

[img] Text
FH02-FSSG-19-26477.pdf
Restricted to Registered users only

Download (271kB)
[img] Text
FH02-FSSG-20-37434.pdf
Restricted to Registered users only

Download (203kB)

Abstract

Kecenderungan golongan muda terutamanya pelajar sekolah menengah melibatkan diri dalam kerjaya keusahawanan memberi kebaikan kepada negara. Bagaimanapun, SME Corp (2016) melaporkan kadar kecenderungan keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia telah mencatatkan aliran menurun daripada 13 peratus (2012), 12 peratus (2013), 12 peratus (2014) kepada hanya enam peratus sahaja (2015/2016). Situasi ini memberikan gambaran bahawa bilangan usahawan semakin sedikit dan pelaburan Kerajaan bagi merangsang keusahawanan dalam kalangan golongan muda kurang mampu memberi manfaat kepada ekonomi negara untuk tempoh jangka panjang. Maka tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor penentu kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan penggunaan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 161 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti kelab keusahawanan di 16 buah sekolah menengah di Terengganu dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti ujian Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati majoriti responden mempunyai kecenderungan keusahawanan pada tahap tinggi. Kajian ini juga mendapati kewangan, model peranan, halangan, pengenalan sosial, norma sosial, pengetahuan keusahawanan dan kemahiran keusahawanan adalah faktor penentu yang mempengaruhi kecenderungan keusahawanan dalam kalangan responden. Faktor penentu kemahiran keusahawanan paling dominan mempengaruhi kecenderungan keusahawanan dalam kalangan responden. Maka kajian ini mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya membuka lebih banyak kelab keusahawanan di sekolah menengah agar ramai pelajar dapat belajar kemahiran keusahawanan dalam situasi sebenar pada usia belasan tahun kerana mempengaruhi kecenderungan mereka menceburi kerjaya keusahawanan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Faktor penentu; kecenderungan keusahawanan; pelajar sekolah menengah; ahli kelab keusahawanan; usahawan muda
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 16 Mar 2022 01:59
Last Modified: 22 May 2022 03:08
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6264

Actions (login required)

View Item View Item