Kanak-kanak tidak terkawal di mahkamah bagi kanak-kanak di Malaysia

Shariffah Nuridah Aishah, Syed Nong Mohamad (2019) Kanak-kanak tidak terkawal di mahkamah bagi kanak-kanak di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 4 (15). pp. 62-70. ISSN 0128-1763

[img] Text
FH02-FUHA-19-26356.pdf
Restricted to Registered users only

Download (219kB)

Abstract

Umum mengetahui bahawa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas kanak-kanak yang melakukan jenayah dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan, pengabaian atau salah laku moral. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mahkamah tersebut juga boleh mendengar permohonan terhadap kanak-kanak di luar kawalan ibu bapa atau penjaga mereka meskipun salah laku mereka tidak bersifat jenayah seperti ponteng sekolah, lari dari rumah, balik lewat ke rumah dan mengingkari perintah ibu bapa. Pemberian bidang kuasa ini menandakan campur tangan pihak kerajaan dalam masalah dalaman keluarga khususnya berkaitan hubungan ibu bapa dan anak. Perintah “tidak terkawal” yang dikeluarkan oleh mahkamah akan memindahkan kuasa keibubapaan daripada ibu bapa kandung kepada kerajaan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dasar kepada bidang kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia dalam mengendalikan kes kanak-kanak tidak terkawal di samping menganalisa sejauh mana mahkamah tersebut boleh campur tangan dalam menyelesaikan masalah salah laku kanak-kanak ini. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metod kajian perpustakaan dalam pengumpulan data melalui analisa statut, buku, jurnal, laporan, media cetak, prosiding konferens dan lain-lain dokumen. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengendalian kes kanak-kanak tidak terkawal oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Malaysia adalah berdasarkan prinsip parens patriae yang berasal daripada English common law di mana kegagalan ibu bapa dalam mengawal anak mereka membenarkan mahkamah untuk melakukan intervensi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kanak-kanak Tidak Terkawal, Bidang Kuasa, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, Malaysia, Parens Patriae
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 15 Mar 2022 06:20
Last Modified: 15 Mar 2022 06:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6237

Actions (login required)

View Item View Item