Jenayah syariah dalam kalangan remaja: Analisa terhadap peruntukan enakmen negeri dan peranan pihak penguatkuasa

Shariffah Nuridah Aishah, Syed Nong Mohamad and Noor ‘Ashikin, Hamid and Nur Amani, Pauzai and Nor Aida, Ab. Kadir and Abdul Majid Tahir, Mohamed (2015) Jenayah syariah dalam kalangan remaja: Analisa terhadap peruntukan enakmen negeri dan peranan pihak penguatkuasa. In: Proceedings of the UniSZA Research Conference 2015 (URC ’15), 14 - 16 Apr 2015, UNISZA.

[img] Text
FH03-FLAIR-16-04825.pdf
Restricted to Registered users only

Download (459kB)

Abstract

Statistik terkini oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menunjukkan sejumlah 291 remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah disabitkan atas kesalahan jenayah takzir oleh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini (2008 hingga 2013) dengan purata sebanyak 49 kes setahun. Jumlah ini membimbangkan memandangkan Terengganu menduduki tempat ke-3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah remaja di Malaysia. Dalam masa yang sama, negeri ini telah menggubal Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) sejak tahun 2001 bagi tujuan menangani masalah ini. Persoalan yang timbul ialah apakah jenis kesalahan dan hukuman yang diperuntukkannya, dan sejauhmanakah ia dikuatkuasakan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji Enakmen tersebut serta mengenalpasti kelemahan penguatkuasaan dalam pengendalian kes jenayah syariah oleh remaja. Bagi mencapai objektif ini, pendekatan kualitatif digunakan yang melibatkan analisa kes-kes mahkamah dan statutstatut yang relevan. Hasil kajian mendapati peruntukan jenayah syariah perlu diperkemaskan mengikut landasan syariah yang sebenarnya dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu faktor pendorong kepada jenayah syariah. Kajian turut mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak-pihak terlibat mengurus kes remaja dengan lebih teratur dan berkesan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Oct 2020 01:36
Last Modified: 25 Nov 2020 04:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/622

Actions (login required)

View Item View Item