Amalan Hisbah Dan Prospek Terhadap Pengurusan Akidah Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Sophian, Rambli and Imam, Fauji (2018) Amalan Hisbah Dan Prospek Terhadap Pengurusan Akidah Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Halaqa Jurnal Pendidikan Islam, 2 (1). pp. 1-11. ISSN 2503-5045

[img] Text
FH02-FKI-18-16295.pdf
Restricted to Registered users only

Download (640kB)

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk meninjau amalan hisbah di Malaysia serta hubungkait dengan pengurusan akidah di Malaysia. Kedua ialah mengenal pasti peranan institusi Islam dalam pengamalan hisbah terutama dalam pengurusan akidah dalam mendepani isu dan cabaran dalam pengukuhan akidah di Malaysia.kajian ini menggunakan analisis kandungan bagi membincangkan secara mendalam amalan akidah dan hubungannya dengan pengurusan akidah di Malaysia. Walaupun di Malaysia terdapat institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Mufti Negeri (JMN) tidak menggunakan istilah hisbah, akan tetapi intipati, pengamalanm pelaksanaan serta fungsi-fungsi hisbah dilaksanakan oleh agensi-agensi Islam berkenaan. Metod kajian ini menggunakan analisis kandungan bagi mendapatkan tinjauan awal terhadap peranan dan sumbangan amalan hisbah di Malaysia dalam mendepani isu-isu pengurusan akidah di Malaysia. Dan juga pengamatan awal mendapati elemen dan unsur pendekatan amalan hisbah amat perlu dan dilaksanakan dalam dunia kontemporari bagi menghadapi isu dan cabaran termasuk pengurusan akidah yang dititik beratkan sebagai benteng daripada ancaman-ancaman yang membawa impak kepada kekeliruan dan kecelaruan pegangan umat Islam di Malaysia. Maka peranan dan aplikasi amalan hisbah dalam pengurusan akidah amat diperlukan perhatian khusus sama ada pemerintah, masyarakat dan individu muslim agar ajaran Islam tetap terpelihara dan terjaga dalam mencapai keredhaan dan kerahmatan Allah SWT.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Amalan Hisbah; Prospek; Pengurusan Isu-isu Akidah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 15 Mar 2022 02:42
Last Modified: 15 Mar 2022 02:42
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6214

Actions (login required)

View Item View Item