Kaedah Kelahiran Lotus Birth Menurut Perubatan dan Maqasid Al-Syariah

Siti Khatijah, Ismail and Siti Fatimah, Salleh and Ridzwan, Ahmad (2018) Kaedah Kelahiran Lotus Birth Menurut Perubatan dan Maqasid Al-Syariah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 2 (19). pp. 201-215. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-18-18238.pdf
Restricted to Registered users only

Download (238kB)

Abstract

Kaedah kelahiran lotus birth merujuk kepada proses kelahiran yang mengekalkan tali pusat bersambung bersama bayi selepas dilahirkan. Kaedah ini didakwa mempunyai kebaikan dari aspek hubungan erat dengan ibu dari sudut bonding, membekalkan darah dan oksigen kepada bayi sehingga tali pusat tertanggal sendiri. Meskipun begitu, terdapat kontradiksi di antara alasan ini dengan fakta perubatan yang mengutamakan kaedah kelahiran selamat. Justeru, kertas kerja ini dibuat bagi menganalisis pro dan kontra isu ini dari perspektif perubatan dan maqasid al-syariah. Analisis terhadap fakta perubatan berkaitan dengan lotus birth dan temu bual bersama pakar obstetrik dan ginekologi serta penelitian terhadap karya ulama berkait konsep memelihara nyawa menunjukkan bahawa elemen mafsadah adalah lebih dominan berbanding dengan maslahah yang bersifat mawhumah. Sehubungan dengan itu, analisis dari perspektif perubatan dan konsep memelihara nyawa dalam maqasid al-syariah menunjukkan kepada pendekatan yang sama digunakan iaitu menjadikan keselamatan nyawa bayi sebagai suatu keutamaan seterusnya menolak amalan kaedah kelahiran ini dengan dakwaan yang bertentangan dengan konsep evidence based medicine.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kaedah kelahiran, lotus birth, maqasid al-syariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
R Medicine > RG Gynecology and obstetrics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 14 Mar 2022 03:48
Last Modified: 14 Mar 2022 03:48
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6179

Actions (login required)

View Item View Item