Kamarul Shukri, Mat Teh and Wan Mohd Al Hafiz, Wan Mustapa and Muhamad Hamidani, Mustapha (2018) Perselisihan Pandangan Ulama Tentang Biografi Imam Al-Shatibi. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 18 (1). pp. 24-34. ISSN 2289 6325
Text
FH02-FKI-18-18244.pdf Restricted to Registered users only Download (340kB) |
Abstract
Artikel ini bertujuan membincangkan tentang perselisihan pandangan ulama tentang Imam al-Shatibi. Perselisihan tersebut dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu asal usul nama, gelaran, kecacatan penglihatan, dan penghijrahan ke Mesir. Perselisihan ini telah menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang perkara sebenar berkenaan Imam al-Shatibi. Antara faktor berlaku salah faham adalah berpunca daripada sebahagian ahli al-Quran dan al-Qiraat sendiri yang tidak arif tentang perkara tersebut. Kajian juga akan mengemukakan jawapan kepada perselisihan terbabit seterusnya memberi penjelasan yang tuntas bagi permasalahan ini. Kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif. Dapatan kajian adalah bersumberkan dokumentasi dan persejarahan yang dianalisis menggunakan metode analisis teks dan kandungan. Hasil kajian mendapati asal usul nama Imam al-Shatibi ini berkait rapat dengan faktor keturunan, bahasa dan perkahwinan. Perselisihan tentang gelaran beliau pula didapati berpunca daripada beberapa faktor antaranya dalam bidang penulisan. Perselisihan berkenaan kecacatan penglihatan adalah melibatkan tempoh umur, manakala faktor penghijrahan beliau ke Mesir bukan semata-mata kerana ingin menunaikan haji.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Imam al-Shatibi, Ilmu Qiraat, Biografi Qurra, Imam Qiraat |
Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 14 Mar 2022 03:04 |
Last Modified: | 14 Mar 2022 03:04 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6170 |
Actions (login required)
View Item |