Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab

Kamarul Shukri, Mat Teh and Nadhilah, Abdul Pisal (2018) Tahap Kepercayaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Issues in Language Studies, 7 (1). pp. 57-75. ISSN 2180-2726

[img] Text
FH02-FKI-18-18245.pdf
Restricted to Registered users only

Download (823kB)

Abstract

Kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa dapat mempengaruhi tindakan pelajar dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, faktor kepercayaan ini juga dapat mempengaruhi pencapaian bahasa pelajar secara tidak langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis dan tahap kepercayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk kepercayaan utama. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden kajian ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa secara keseluruhan serta mengikut konstruk kepercayaan utama. Responden kajian ini didapati mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam konstruk motivasi dan harapan. Kepercayaan terendah pula diwakili oleh konstruk kebolehan semula jadi dalam pembelajaran bahasa. Kesimpulannya, pelajar mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pembelajaran bahasa Arab yang dibentuk berdasarkan pengalaman pembelajaran lalu. Di samping itu, kajian ini juga memberi gambaran awal tahap kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kepercayaan, pembelajaran bahasa, kepercayaan terhadap pembelajaran bahasa, bahasa Arab
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 14 Mar 2022 03:00
Last Modified: 14 Mar 2022 03:00
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6168

Actions (login required)

View Item View Item