Perbezaan Jantina Dalam Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab

Kamarul Shukri, Mat Teh and Nadhilah, Abdul Pisal (2018) Perbezaan Jantina Dalam Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3 (1). pp. 143-153. ISSN 0127-9386

[img] Text
FH02-FKI-18-18987.pdf
Restricted to Registered users only

Download (360kB)

Abstract

Perbezaan jantina merupakan salah satu faktor yang didapati turut membezakan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap dan jenis penggunaan strategi pembelajaran kemahiran berbahasa (SPKB) oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada 350 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah menengah agama sekitar Kedah, Malaysia. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan kedua-dua kumpulan pelajar menggunakan strategi pada tahap sederhana sama ada secara keseluruhan mahupun berdasarkan konstruk, kecuali pada konstruk strategi membaca, pelajar perempuan menggunakannya pada tahap tinggi. Hasil analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan penggunaan SPKB secara keseluruhan dan mengikut lima konstruk strategi utama berdasarkan jantina. Pelajar perempuan didapati mendahului pelajar lelaki dalam penggunaan strategi secara keseluruhan dan berdasarkan lima konstruk strategi utama tersebut. Sementara itu, baki satu konstruk strategi utama iaitu strategi mendengar tidak menunjukkan perbezaan signifikan. Kesimpulannya, pelajar perempuan didapati lebih banyak dan kerap menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lelaki. Implikasi kajian ini, guru boleh merancang pelbagai aktiviti bahasa yang dapat menggalakkan penggunaan sesuatu strategi dengan lebih kerap kepada kumpulan pelajar yang berlainan jantina.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran bahasa, kemahiran berbahasa, strategi pembelajaran kemahiran berbahasa, bahasa Arab, jantina.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 14 Mar 2022 02:39
Last Modified: 14 Mar 2022 02:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6165

Actions (login required)

View Item View Item