Kemahiran membaca teks arab sebagai bahasa kedua: Penelitian dari perspektif teori dan kurikulum

Mohd Hazli, Yah@Alias and Mahani, Mohamad and Maimun Aqsha Lubis, Abdin Lubis (2019) Kemahiran membaca teks arab sebagai bahasa kedua: Penelitian dari perspektif teori dan kurikulum. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2 (1). pp. 26-44. ISSN 2637-0360

[img] Text
FH02--19-25857.pdf
Restricted to Registered users only

Download (520kB)
[img] Text
FH02-FBK-20-37437.pdf
Restricted to Registered users only

Download (203kB)

Abstract

Kemahiran membaca merupakan antara kemahiran bahasa yang utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa yang digambarkan sebagai proses yang kompleks berlaku dalam minda pembaca yang berkait rapat dengan kefahaman. Namun begitu berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian dan peperiksaan yang dijalankan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman bacaan dalam kalangan pelajar masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan terutama membabitkan bahasa kedua/asing (B2) seperti bahasa Arab. Menyedari hakikat betapa pentingnya kemahiran ini perlu dikuasai, maka kajian ini cuba menyoroti kajian dan perbincangan para sarjana tentang definisi, konsep dan teori bacaan di samping mengenal pasti elemen-elemen penting yang perlu diberi penekanan dan tumpuan oleh para pendidik dalam aktiviti PdP bahasa Arab sebagai B2. Kajian ini turut membincangkan tentang pelaksanaan aktiviti kemahiran membaca bahasa Arab dalam sesi PdP selari dengan keperluan teori bacaan dan kurikulum yang bermatlamatkan pelajar dapat memahami patah perkataan serta ayat pada teks bacaan secara fasih dan lancar. Namun begitu, berdasarkan kepada teori dan model bacaan penekanan kepada aspek kefahaman bacaan teks yang melibatkan aspek kognitif serta kemahiran berfikir dilihat lebih signifikan untuk dikuasai. Justeru, kajian ini turut membincangkan saranan para sarjana mengenai ciri-ciri kemahiran membaca yang perlu dipraktikkan dalam PdP bahasa Arab sebagai B2. Dengan adanya rujukan kajian yang berasaskan kepada teori dan model bacaan, diharapkan amalan PdP kemahiran membaca bahasa Arab sebagai B2 dapat dipertingkatkan selaras dengan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kefahaman bacaan teks; teori bacaan; top-down model: bottom-up model; interactive model.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 14 Mar 2022 02:35
Last Modified: 14 Mar 2022 02:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6163

Actions (login required)

View Item View Item