Kepentingan maqasid shariʻah dalam keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia the importance of maqasid shariah in the muzakarah of the national fatwa council for Islamic religious affairs Malaysia

Engku Muhammad Tajuddin, Engku Ali and Ahmad Murshidi, Mustapha and Mohd Kamarul Khaidzir, Saadan (2019) Kepentingan maqasid shariʻah dalam keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia the importance of maqasid shariah in the muzakarah of the national fatwa council for Islamic religious affairs Malaysia. Journal of Muwafaqat, 2 (1). pp. 132-150. ISSN 2600-8939

[img] Text
FH02-FKI-19-25262.pdf
Restricted to Registered users only

Download (476kB)

Abstract

Syariah Islam menjaga dan menjamin kepentingan atau maslahah manusia. Namun begitu, maslahah manusia adalah berbeza-beza. Oleh kerana itu, maqasid juga mempunyai peringkat dan bahagian yang berbeza-beza selaras dengan maslahah manusia. Antara situasi yang dibahaskan dalam maqasid ialah darurah. Darurah yang dialami dalam sesuatu tuntutan taklif akan memberi kelonggaran bagi hukum ‘azimah. Ini bagi memastikan mukallaf tidak berada dalam kesukaran untuk melaksanakan sesuatu tuntutan. Pertimbangan yang dinilai dalam konteks darurah ialah maqasid shariʻah, khususnya dalam penjagaan kulliyat al-khams iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Di Malaysia, hukum semasa yang diputuskan atas ‘illat darurah akan dikaitkan dengan fatwa kerana fatwa berperanan sebagai penjelas hukum semasa yang berlaku. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada maqasid syariʻah melalui elemen kulliyat al-khams dalam fatwa yang berkaitan dengan darurah. Objektif yang digariskan ialah mengenalpasti keputusan-keputusan muzakarah yang berkaitan dengan darurah dan seterusnya menganalisis elemen kulliyat al-khams dalam keputusan-keputusan tersebut. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode penerokaan dengan kaedah pengumpulan data melalui kajian perpustakaan. Data-data kemudiannya dianalisis dengan metode analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa maqasid shariʻah diambilkira sebagai salah satu pertimbangan dalam mengukur darurah yang dialami. Daripada 31 keputusan muzakarah yang berkaitan dengan darurah, elemen kulliyat al-khams dinyatakan dengan tepat mengikut kategori. Kajian ini merumuskan bahawa maqasid shariʻah perlu dititikberatkan dalam pengeluaran hukum semasa terutama yang melibatkan isu darurah. Darurah yang dialami perlu dikenalpasti kesannya terhadap elemen kulliyat al-khams bagi memastikan keputusan hukum selari dengan maqasid yang digariskan dalam syarak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Maqasid Shariʻah, Darurah, Keputusan Muzakarah, Jawatankuasa Muzakarah MKI
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Mar 2022 07:39
Last Modified: 22 May 2022 03:43
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6121

Actions (login required)

View Item View Item