Meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia terhadap kecenderungan pembelajaran generasi z dan alpha

Najihah, Abd Wahid and Nor Asmawati, Ismail and Norsuhada, Mat Hasan (2019) Meningkatkan efikasi kendiri guru di malaysia terhadap kecenderungan pembelajaran generasi z dan alpha. Journal of Management and Operation Research, 1 (13). pp. 1-8. ISSN 0272-6963

[img] Text
FH02-INSPIRE-19-25246.pdf
Restricted to Registered users only

Download (384kB)

Abstract

Pendidikan di Malaysia pada hari ini memerlukan guru yang berefikasi tinggi bagi memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21. Salah satu dimensi penting dalam efikasi kendiri guru ialah strategi pengajaran. Guru-guru perlu menguasai teknik dan strategi pengajaran terkini memandangkan muridmurid generasi Z dan alpha mempunyai kecenderungan pembelajaran yang berbeza berbanding generasi X dan Y. Namun pengajaran berasaskan telekomunikasi semasa masih terhad dan tidak sepenuhnya diaplikasi dalam proses pengajaran. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis bentuk-bentuk kecenderungan pelajar generasi Z terhadap proses pembelajaran dan strategi-strategi terkini yang boleh diaplikasi oleh guru-guru. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan sebagai metodologi kajian. Dapatan menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar generasi Z dan alpha terhadap pembelajaran melalui kaedah gamifikasi dan penggunaaan alat telekomunikasi moden lebih menarik minat murid berbanding pembelajaran menggunakan kaedah tradisional. Kertas kerja ini mencadangkan guru-guru di Malaysia dapat melakukan anjakan paradigma dalam proses penyampaian ilmu kepada generasi Z dan alpha agar selari dengan arus pendidikan revolusi 4.0.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Efikasi Kendiri Guru; Kecenderungan Pembelajaran, Generasi Z dan Alpha
Subjects: L Education > L Education (General)
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 10 Mar 2022 07:17
Last Modified: 10 Mar 2022 07:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6120

Actions (login required)

View Item View Item