Pembinaan keluarga sejahtera: Analisis terhadap prinsip ‘keluarga bahagia rakyat sejahtera’ dalam transformasi Terengganu baharu

Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Farah Syazrah, Mohd Ghazalli and Zulkifli, Mohd (2017) Pembinaan keluarga sejahtera: Analisis terhadap prinsip ‘keluarga bahagia rakyat sejahtera’ dalam transformasi Terengganu baharu. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 2 (2). pp. 306-318. ISSN 00127-9319

[img] Text
FH02-INSPIRE-20-42300.pdf
Restricted to Registered users only

Download (971kB)

Abstract

Sebuah keluarga yang sejahtera perlu memiliki keseimbangan antara dalaman dan luaran. Kriteria sebuah keluarga yang sejahtera ini boleh difahami menerusi penulisan para ilmuwan Islam di dalam kitab-kitab mereka. Realitinya, keluarga Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri Terengganu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) telah melancarkan sepuluh program khas di bawah prinsip ‘Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera’. Justeru, kajian ini menganalisis program-program yang telah diperkenalkan di bawah prinsip tersebut dari sudut sejauhmana ia membantu dalam pembinaan keluarga sejahtera. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dilontarkan bersesuaian dengan keperluan sebenar sebuah keluarga yang sejahtera. Kesimpulannya, berasaskan program-program yang dilancarkan di bawah prinsip tersebut, ia dilihat memenuhi sebahagian keperluan yang perlu dimiliki dalam sebuah keluarga sejahtera. Pun begitu, masih terdapat beberapa kelompangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamanya berhubung elemen ilmu, ibadah, persiapan sebelum perkahwinan dan pengangkutan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keluarga, kesejahteraan, kegembiraan, Malaysia, Transformasi Terengganu Baharu
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 08 Mar 2022 03:48
Last Modified: 22 May 2022 03:53
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6055

Actions (login required)

View Item View Item