Mohd Shahrizal, Nasir (2018) Uslub Al-Hakim Sebagai Satu Elemen Ketinggian Bahasa Al-Quran Dan Petunjuk Ibrah Quraniyyah Dalam Komunikasi. Jurnal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), 1 (1). pp. 23-35. ISSN 2289-5272
Text
FH02-FBK-18-21152.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan untuk sekalian manusia. Al-Quran memiliki keistimewaan yang luar biasa dan tidak sama sekali dapat ditandingi oleh sebarang bentuk penulisan sama ada dari sudut gaya bahasa, mahupun isi kandungannya. Antara ciri-ciri kehebatan al-Quran ialah ia mengandungi elemen al-i‘jaz (mukjizat) dan al-tahaddi (cabaran). Aspek al-i‘jaz yang menjadi perbincangan utama para ulama ialah yang melibatkan gaya bahasa al-Quran. Hal ini dikenali sebagai al-i‘jaz al-bayani atau al-i‘jaz al-lughawi atau al-i‘jaz al-balaghi. Makalah ini akan menghuraikan satu bentuk gaya bahasa (uslub) al-Quran iaitu Uslub al-Hakim. Gaya bahasa ini dilihat sebagai antara contoh jelas membuktikan kewujudan al-i‘jaz al-bayani di dalam al-Quran yang secara langsung menyerlahkan ketinggian bahasa al-Quran. Beberapa ayat al-Quran yang berkaitan dengan gaya bahasa ini akan dianalisis bersandarkan kitab tafsir al-Quran bagi memahami elemen al-i‘jaz dari sudut bahasa pada ayat tersebut. Berdasarkan perbincangan tentang Uslub al-Hakim dalam makalah ini, dapat difahami bahawa bahasa Arab yang termaktub dalam al-Quran mempunyai nilai estetika yang tinggi serta membawa petunjuk ‘Ibrah Qur’aniyyah yang boleh dijadikan panduan dalam komunikasi. Kesemua ini merupakan bukti kebenaran al-Quran sebagai Kalamullah yang kekal relevan menjadi panduan buat sekalian manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Uslub al-Hakim, al-i'jaz al-bayani, retorik arab, balaghah al-Quran, Kalamullah, komunikasi |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Rafidah M.Saaid |
Date Deposited: | 06 Mar 2022 06:57 |
Last Modified: | 06 Mar 2022 06:57 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6018 |
Actions (login required)
View Item |