Pemeliharaan harta: Analisis menurut diwan Imam Shafi‘i

Najihah, Abd Wahid and Khazri, Osman and Ahmad Irdha, Mokhtar and Mohamad Zulkifli, Abdul Ghani (2017) Pemeliharaan harta: Analisis menurut diwan Imam Shafi‘i. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 1985-6822. ISSN 2462-1242

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-20250.pdf
Restricted to Registered users only

Download (755kB)

Abstract

Menjaga dan memelihara harta ialah salah satu daripada maqasid dalam Islam. Maqasid bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan. Seseorang mujtahid perlu memahami ilmu maqasid sebelum mengeluarkan pandangannya. Antara mujtahid yang sering diterima pandangannya ialah Imam Shafi’i, seorang sarjana yang mahir dalam segenap cabang ilmu termasuklah fiqah dan bahasa Arab. Akan tetapi populariti beliau dalam bidang fiqah lebih diketengahkan berbanding bidang bahasa Arab. Disebabkan maqasid syariah amat penting dalam muamalat berkaitan harta dan kewangan, maka kajian ini diperlukan. Selain itu, kajian juga penting untuk memfokuskan pandangan Imam Shafi’i berkaitan pemeliharaan harta yang diungkapkan melalui bait-bait puisi. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi diterjemahkan melalui kaedah komunikatif dan semantik seterusnya dianalisis menggunakan teori stilistik. Hasil kajian ini mendapati Imam Shafi’i menggalakkan kesungguhan dalam mengumpul harta akan tetapi harta tersebut hendaklah diagihkan dengan cara yang wajar demi pemeliharaannya. Selain itu, hutang juga wajar direkodkan sesuai dengan saranan al-Quran. Sebagai seorang yang faqih, pandangan beliau sesuai dengan teori alQuran, Hadis dan pendapat ulama. Beliau turut menggunakan laras bahasa yang selari dengan pandangan sarjana lampau dan kini dalam mengungkapkan puisinya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pemeliharaan harta, maqasid, Imam Shafi’i, puisi, syariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 06 Mar 2022 06:26
Last Modified: 06 Mar 2022 06:26
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/6013

Actions (login required)

View Item View Item