Pengaruh Kefahaman Guru terhadap Model Pembelajaran Contextual Teaching and Learning di Aceh Barat

Rahimah, Embong and Zahara, Mutia and Mustafa, Che Omar (2018) Pengaruh Kefahaman Guru terhadap Model Pembelajaran Contextual Teaching and Learning di Aceh Barat. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 1 (1). pp. 63-68. ISSN 2600-9080

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-22088.pdf
Restricted to Registered users only

Download (215kB)

Abstract

Pendidikan ialah faktor yang paling penting dalam pembangunan sebuah negara memandangkan ianya dianggap sebagai satu usaha untuk mendidik generasi muda. Pendidikan di Aceh Barat berhadapan dengan kerendahan kualiti para guru dalam kompetensi pengajaran. Ini disebabkan guru tidak memenuhi syarat, cara mengajar menggunakan model pembelajaran yang kurang menyenangkan serta guru sering menggunakan metode lama. Kajian ini mencadangkan satu model pembelajaran kepada guru agar murid lebih bersemangat dalam mata pelajaran sains. Model pembelajaran Contextual Teaching and Learning (CTL) diperkenalkan agar guru mata pelajaran tersebut lebih faham dan dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pengaruh kefahaman guru terhadap model pembelajaran CTL di Aceh Barat. Kajian bersifat kuantitatif ini menggunakan pensampelan secara rawak berkumpulan. Lokasi kajian ialah sekolah menengah di Aceh Barat dan sampel kajian melibatkan 80 responden terdiri daripada guru di wilayah tersebut. Aplikasi perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 20 digunakan untuk analisis data yang diperoleh. Hasil dapatan kajian menunjukkan model pembelajaran CTL ini mendapat impak positif daripada guru dan model pembelajaran CTL boleh digunakan sebagai rujukan, di samping memberi sumbangan kepada Kementerian Pendidikan Indonesia (Kemendikbud) dengan mengemukakan satu model pembelajaran CTL untuk diguna pakai oleh para guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kefahaman guru, model contextual teaching and learning, model pembelajaran, Aceh Barat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Mar 2022 07:33
Last Modified: 03 Mar 2022 07:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5966

Actions (login required)

View Item View Item