Amalan Kurikulum Bersepadu bagi Sekolah Islam di Malaysia

Rahimah, Embong and Ab. Aziz, Sulaiman and Hanif, Md Lateh @ Junid and Normila, Noruddin@Che Ahmad (2018) Amalan Kurikulum Bersepadu bagi Sekolah Islam di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 17 (2). pp. 27-40. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-22075.pdf
Restricted to Registered users only

Download (228kB)

Abstract

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia telah mengalami perubahan bersifat major semenjak tahun 1957. Perubahan terus berlaku mengikut keperluan pendidikan yang diperlukan masyarakat dan dipengaruhi keadaaan semasa. Satu daripada keperluan tersebut adalah kurikulum bersepadu bagi menyelesaikan isu dualism pendidikan berbentuk sekular moden dan agama tradisional. Persidangan Makkah 1977 menjadi pemangkin untuk merangka sistem pendidikan Islam yang sesuai dengan dunia moden melalui penyepaduan kurikulum dan Islamisasi ilmu. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengamalan kurikulum bersepadu di dua sekolah menengah Islam iaitu Al-Amin dan Imtiaz berasaskan empat aspek iaitu falsafah, kandungan kurikulum, kaedah penyepaduan, kaedah pengajaran dan kaedah penilaian. Kajian ini bersifat kualitatif dan deskriptif menggunakan tatacara analisis data secara induktif. Kajian mendapati bahawa terdapat keselarasan daripada segi falsafah dan matlamat antara cadangan Persidangan Makkah dan dua model institusi tersebut. Kajian juga mengemukakan dapatan terhadap kandungan teras dan kaedah kurikulum selari dengan prinsip dan teori Islam, walaubagaimanapun terdapat permasalah dari segi praktikal. Permasalahan ini mungkin berpunca daripada ketiadaan kefahaman sebenar terhadap kurikulum bersepadu secara konseptual. Keadaan ini merupakan faktor berlaku amalan dualisme secara berteruskan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sekolah Islam, Pendidikan di Malaysia, Kurikulum Bersepadu, Penyepaduan Kurikulum, Pendidikan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Mar 2022 07:16
Last Modified: 03 Mar 2022 07:16
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5963

Actions (login required)

View Item View Item