Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam:Dasar Pertanian Negara DPN

Mohd Borhanuddin, Zakaria and Wan Ismail, Wan Abdullah and Juairiahi, Hasan (2018) Sumber Perundangan Pembangunan Tanah Pertanian Menurut Perspektif Islam:Dasar Pertanian Negara DPN. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari JIMK, 19 (S). pp. 35-52. ISSN 2289-6325

[img] Text
FH02-FKI-19-23257.pdf
Restricted to Registered users only

Download (339kB)

Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010, merupakan satu transformasi kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara, membangunkan sektor pertanian dan meningkatkan kualiti makanan negara. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sumber perundangan pertanian mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif serta menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa sumber perundangan pertanian Islam ialah menghapuskan dharar, mengetengahkan konsep al-falah wa al-khusran, mewujudkan konsep al-khalifah, mengelakkan segala bentuk al-israf iaitu pembaziran, menekankan konsep awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan dan pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan penerapan dasar pertanian Islam ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian berkaitan pembangunan pertanian dalam Islam dan pembangunan petani dalam melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan dan pentadbiran sejajar dengan hukum syarak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembangunan Tanah Pertanian, Dasar Pertanian Negara (DPN), Sumber Perundangan Pertanian Islam.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Mar 2022 02:19
Last Modified: 03 Mar 2022 02:19
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5942

Actions (login required)

View Item View Item