Tahap Penggunaan Strategi Bacaan dalam Aktiviti Kefahaman Bacaan Teks Bahasa Arab

Mohd Hazli, Yah@Alias and Maimun Aqsha, Lubis (2018) Tahap Penggunaan Strategi Bacaan dalam Aktiviti Kefahaman Bacaan Teks Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43 (3). pp. 49-57. ISSN 2180-0782

[img] Text
FH02-FBK-19-23266.pdf
Restricted to Registered users only

Download (383kB)

Abstract

Objektif kemahiran membaca bahasa Arab adalah untuk mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks dalam kalangan pelajar menerusi penerapan strategi bacaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini merupakan satu aspirasi yang praktikal untuk dilaksanakan dalam era milenium ini. Meskipun penggunaan strategi bacaan terbukti dapat mempertingkatkan tahap kefahaman bacaan teks, namun tahap penguasaan strategi bacaan dalam kalangan pelajar masih kurang memuaskan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dimensi strategi bacaan, tahap penggunaan dan hubungannya dengan kefahaman bacaan dalam kalangan pelajar ketika membaca teks Arab. Seramai 506 peserta kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah agama telah dipilih secara rawak berkelompok terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian bertulis yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi analisis permodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian mendapati tahap penggunaan strategi penyelesaian masalah adalah lebih tinggi berbanding dengan strategi global dan strategi sokongan yang masing-masing menunjukkan tahap penggunaan sederhana. Penguasaan kefahaman bacaan teks BA pula menunjukkan min keseluruhan skor markah ujian bertulis berada pada tahap rendah. Berdasarkan analisis SEM mendapati faktor strategi bacaan lebih dominan berbanding faktor lain. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar guru dapat merangka perancangan aktiviti kemahiran membaca dengan menitikberatkan aspek strategi bacaan dalam mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa dan aras kemahiran berfikir.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran membaca bahasa Arab, kefahaman bacaan, strategi bacaan, strategi penyelesaian masalah, strategi global, strategi sokongan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 03 Mar 2022 02:10
Last Modified: 03 Mar 2022 02:10
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5941

Actions (login required)

View Item View Item