Hubungan Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Kelip Dengan Pencapaian Pelajar

Norasyikin, Osman and Siti Salwa, Mohd Noor and Khoirun Nisak, Mat Saad (2014) Hubungan Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Kelip Dengan Pencapaian Pelajar. Jurnal Teknologi, 67 (1). pp. 1-4. ISSN 2289-5434

[img] Image
FH02-FBK-18-14439.jpg
Restricted to Registered users only

Download (150kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan e-pembelajaran amat memberangsangkan di semua peringkat pengajian. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah membangunkan e-pembelajaran ataupun dikenali sebagai KeLiP pada tahun 2006. Walau bagaimanapun kesan e-pembelajaran terhadap pencapaian pelajar tiada penjelasan lanjut. Oleh itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk mengetahui sama ada KeLiP di UniSZA mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar cemerlang bahasa (PCB) dan pelajar kurang cemerlang bahasa (PKCB). Perbezaan pencapaian kedua kumpulan turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian lapangan dan melibatkan seramai 69 orang pelajar diploma tahun satu di UniSZA yang mengambil kursus UBA 1022. Para pelajar terbabit telah belajar menerusi KeLiP selama 10 minggu. Kandungannya diambil daripada modul kursus UBA 1022 seterusnya dipersembahkan dalam bentuk elektronik di KeLiP. Pelbagai elemen multimedia dimasukkan ke dalam KeLiP antaranya gambar, suara, video dan pautan pantas. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk menilai pencapaian pelajar. Dapatan kajian mendapati bahawa KeLiP mampu meningkatkan pencapaian PCB dan PKCB dengan peratus min sebanyak 26.545 peratus. Manakala PCB terus mengekalkan kecemerlangan berbanding PKCB dengan perbezaan min sebanyak 11.72 peratus. Kajian ini memberi gambaran bahawa penggunaan KeLiP mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar tanpa mengira latar belakang pelajar. Diharap dapatan kajian ini dapat menggalakkan penggunaan KeLiP dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pencapaian; KeLiP; pelajar cemerlang bahasa; pelajar kurang cemerlang bahasa
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:05
Last Modified: 13 Sep 2022 05:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5717

Actions (login required)

View Item View Item