Dasar pembangunan tanah pertanian menurut perspektif Islam

Mohd Borhanuddin, Zakaria and Amir Husin, Mohd Nor and Noor Lizza, Mohamed Said and Md. Yazid, Ahmad and Juairiah, Hasan (2017) Dasar pembangunan tanah pertanian menurut perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 15 (1). pp. 113-127. ISSN 22896325

[img] Text
FH02-FKI-18-12714.pdf
Restricted to Registered users only

Download (400kB)

Abstract

Dasar Pertanian Negara (DPN 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010), dan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) merupakan satu transformasi kerajaan bagi meningkatkan kualiti makanan negara. Pelbagai perancangan khusus telah dibuat melalui DPN dan DAN. Namun terdapat kepincangan dalam DPN yang dilaksanakan dengan tujuan pembangunan ekonomi semata-mata. Kajian ini bertujuan untuk meletakkan mekanisma tertentu agar pembangunan sektor pertanian selari dengan tuntutan Islam yang merangkumi pembangunan insan secara syumul. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen dan laporan-laporan rasmi,surat pekeliling, laporan tahunan,laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi,dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa dasar pembangunan tanah pertanian Islam berteraskan konsep tauhidiyyah, rububiyyah, tazkiyyah, tanmiyyah, khilafah, insaniyyah, akhlaqiyyah yang menerapkan nilai-nilai kerohanian Islam termasuk pelestarian alam sekitar dan sekuriti pembangunan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dasar Pertanian Negara (DPN), Pembangunan Tanah Pertanian, Konsep Pembangunan Tanah Islam
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 23 Feb 2022 04:00
Last Modified: 23 Feb 2022 04:00
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5708

Actions (login required)

View Item View Item