Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Zulkifli, Mohd and Abdul Wahab, Md. Ali and Ahmad Faizal, Ramly and Farah Syazrah, Mohd Ghazalli (2017) Pembinaan keluarga sejahtera: Analisis terhadap prinsip 'keluarga sejahtera' dalam transformasi terengganu baharu. Journal of Nusantara Studies, 2 (2). pp. 306-318. ISSN 0127-9386
Text
FH02-FKI-18-12712.pdf Restricted to Registered users only Download (727kB) |
Abstract
Sebuah keluarga yang sejahtera perlu memiliki keseimbangan antara dalaman dan luaran. Kriteria sebuah keluarga yang sejahtera ini boleh difahami menerusi penulisan para ilmuwan Islam di dalam kitab-kitab mereka. Realitinya, keluarga Islam masa kini sedang menghadapi ancaman yang cukup besar sehingga boleh membawa kepada keruntuhan akhlak, sosial dan ekonomi. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri Terengganu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) telah melancarkan sepuluh program khas di bawah prinsip ‘Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera’. Justeru, kajian ini menganalisis program-program yang telah diperkenalkan di bawah prinsip tersebut dari sudut sejauhmana ia membantu dalam pembinaan keluarga sejahtera. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dilontarkan bersesuaian dengan keperluan sebenar sebuah keluarga yang sejahtera. Kesimpulannya, berasaskan program-program yang dilancarkan di bawah prinsip tersebut, ia dilihat memenuhi sebahagian keperluan yang perlu dimiliki dalam sebuah keluarga sejahtera. Pun begitu, masih terdapat beberapa kelompangan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamanya berhubung elemen ilmu, ibadah, persiapan sebelum perkahwinan dan pengangkutan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Keluarga, kesejahteraan, kegembiraan, Malaysia, Transformasi Terengganu Baharu |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Safura |
Date Deposited: | 23 Feb 2022 03:49 |
Last Modified: | 23 Feb 2022 03:49 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5705 |
Actions (login required)
View Item |