Tarekat sufi jalan makrifah Allah

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Engku Ibrahim, Engku Wok Zin (2017) Tarekat sufi jalan makrifah Allah. Jurnal Tarekat Tasawwuf Antarabangsa, 1 (1). pp. 19-35. ISSN 2590-378

[img] Text
FH02-INSPIRE-18-12597.pdf
Restricted to Registered users only

Download (557kB)

Abstract

Tarekat dalam golongan sufi merujuk kepada suatu bentuk penghayatan khusus yang dipraktis oleh para salik, iaitu orangorang yang benar hati mereka untuk menuju kepada jalan keredhaan Allah SWT, dengan cara merentasi pelbagai perubahan sifat hati (al-manazil) serta menghiasi diri dengan pelbagai tingkat keyakinan (maqamat al-yaqin) yang diistilahkan juga sebagai ma`rifah Allah. Justeru tidak sunyi dari setiap generasi umat Islam, para tokoh yang tampil mengetengahkan kepentingan penglibatan Muslim dalam pendidikan kesufian bagi mencapai matlamat tarekat sebagaimana dinyatakan dalam definisi tentangnya. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan sebenar yang dibawa oleh institusi tarekatsufi yang seringkali disifatkan penyebab berlakunya kesesatan dan bukan menjadi wasilah untuk mengenal Allah. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan meneliti aspek tarekat kesufian dan tasawwuf dalam pelbagai karya tokoh ulama’ sepanjang sejarah perkembangan ilmu tarekat dan Tasawwuf. Kajian mendapati bahawa tarekat sufi adalah suatu proses membina hubungan ingatan seorang mukmin dengan Allah sebagai tonggak penting bagi mengutuhkan tunjang iman serta memupuknya sampai ke peringkat paling sempurna yang diistilahkan sebagai maqam ihsan. Asas utama dalam tarekat sufi merangkumi elemen salasilah guru, murid, pelbagai zikir khusus diamalkan sehingga berlaku perubahan sifat hati dari dicemari dengan pelbagai sifat tercela kepada terhiasnya diri dengan sifatsifat tepuji.Oleh itu, pandangan menyatakan bahawatarekat sufimenjadikan para pengamalnya terjerumus dalam lembah kesesatan, adalah suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tarekat sufi; al-manazil; maqamat al-yaqin; jalan ma`rifah Allah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 23 Feb 2022 01:34
Last Modified: 23 Feb 2022 01:34
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5673

Actions (login required)

View Item View Item