Isu-isu genetik manusia dari perspektif sains & Islam

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Wan Rohani, Wan Taib and Norazmi, Anas and Mohd. Hudzari, Haji Razali (2017) Isu-isu genetik manusia dari perspektif sains & Islam. Global Journal Al-Thaqafah, 7 (2). pp. 163-174. ISSN 2232-0474

[img] Text
FH02-FKI-18-12593.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB)

Abstract

Kejuruteraan genetik dan teknologi rekombinan merupakan penemuan penting yang telah memacu perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi moden terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Walaupun begitu, perkembangan tersebut menimbulkan isu dan persoalan agama serta etika khususnya melibatkan teknik pembiakan buatan, pemindahan organ, pengklonan dan kejuruteraan genetik itu sendiri. Isu etika sering ditekankan dalam pelbagai cabang ilmu dan memainkan peranan sangat penting dalam sistem hidup manusia serta berkait rapat dengan agama. Oleh yang demikian, penulisan kertas kerja ini bertujuan mendedahkan berkaitan Projek Genom Manusia (PGM) dan isu-isu genetik manusia yang timbul dari perspektif sains dan Islam seperti Teori Evolusi Darwin, PGM, pengklonan manusia dan eugenik. Akhirnya, isu-isu yang timbul dari aplikasi teknologi genetik manusia perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui etika sains serta diintegrasikan dengan ajaran Islam supaya segala pencapaian bidang ini tidak merosakkan alam dan populasi manusia seterusnya menjadikan kehidupan manusia lebih baik dan kondusif dari semasa ke semasa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Genetik Manusia, Darwinisme, Pengklonan Manusia, Projek Genom Manusia, Eugenik
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 23 Feb 2022 01:24
Last Modified: 23 Feb 2022 01:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5672

Actions (login required)

View Item View Item