Persepsi pelajar bukan muslim terhadap pembelajaran bahasa arab

Mohd Shahrizal, Nasir and Nurkhamimi, Zainuddin and Muhammad Sabri, Sahrir (2017) Persepsi pelajar bukan muslim terhadap pembelajaran bahasa arab. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 39 (1). pp. 29-37. ISSN 0216-5636

[img] Text
FH02-FBK-18-12590.pdf
Restricted to Registered users only

Download (385kB)

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia melibatkan pelbagai peringkat pengajian seperti di sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga orang awam. Para penuntut bahasa Arab mempunyai tujuan tertentu apabila berusaha mempelajari dan mendalami bahasa yang amat sinonim dengan Islam. Dewasa ini, pembelajaran bahasa Arab turut melibatkan golongan bukan Muslim di pelbagai peringkat pengajian, termasuk di institusi pengajian tinggi. Justeru, makalah ini membincangkan persepsi golongan bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka persepsi mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab dalam usaha untuk memastikan kandungan pembelajaran bahasa Arab selari dengan tujuan pembelajaran bahasa ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan temu bual tujuh pelajar bukan Muslim yang mempelajari bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dapatan kajian menunjukkan semua responden memberikan respons yang positif terhadap pembelajaran bahasa Arab. Respons yang diberikan melibatkan metode pembelajaran yang dipraktikkan dalam usaha untuk menguasai bahasa Arab serta memperoleh motivasi dalam mempelajari bahasa ini. Semua respons ini memberi petunjuk bahawa persepsi bukan Muslim terhadap pembelajaran bahasa Arab amat positif sekiranya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Beberapa cadangan berkaitan pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar bukan Muslim turut dibincangkan dalam makalah ini sebagai satu input yang boleh dimanfaatkan oleh para pengajar bahasa Arab.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran bahasa Arab, pendidikan bahasa, pelajar bukan Muslim, kemahiran bahasa, persepsi pelajar
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 22 Feb 2022 08:21
Last Modified: 22 May 2022 06:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5668

Actions (login required)

View Item View Item