Kebimbangan Bahasa Dalam Kalangan Guru Pelatih Major Bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kamarul Shukri, Mat Teh and Aznida, Aziz (2018) Kebimbangan Bahasa Dalam Kalangan Guru Pelatih Major Bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Malaysia. Muaddib Jurnal Penyelidikan, 12 (XII). pp. 107-116. ISSN 1675 4026

[img] Text
FH02-FKI-19-29384.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penguasaan bahasa Arab masih di tahap yang belum memuaskan, masih ramai pelajar yang menghadapi kebimbangan bahasa dalam kelas bahasa Arab. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kebimbangan bahasa guru pelatih major bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa mempelajari bahasa Arab don mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa guru pelatih tersebut secara keseluruhan dan berdasarkan kategori Instrumen soal selidik yang digunakan adalah dibina berdasarkan gagasan yang terdapat dalam Skala Kebimbangan Bahasa Dalam Kelas oleh (Horwitz, 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa pekali kebolehpercayaan untuk instrumen kebimbangan bahasa adalah 0.855. Bukti kesahan isi kandungan telah didapati daripada penyemakan panel pakar. MM bagi kebimbangan bahasa bagi faktor Kebimbangan Terhadap Penilaian Negatif berada pada tahap pertengahan iaitu (M = 3.4812, SP = .50259). Ini diikuti oleh Kebimbangan Terhadap Ujian berada pada tahap pertengahan iaitu (M= 3.4529. SP .48971) dan yang terakhir ialah Kebimbangan Berkomunikasi berada pada tahap pertengahan iaitu (M = 14172, SP = 63172). Implikasi hasil kajian ini alum memberi sumbangan kepada para guru dan pelajar mengenal pasti jenis-jenis kebimbangan bahasa, oleh itu mereka dapat meningkatkan mutu kecemerlangan bahasa Arab.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kebimbangan bahasa, bahasa Arab, Guru Pelatih Major Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Malaysia, kebimbangan terhadap penilaian negatif.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah M.Saaid
Date Deposited: 22 Feb 2022 01:03
Last Modified: 22 Feb 2022 01:03
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/5601

Actions (login required)

View Item View Item