Penderaan Warga Tua menurut al-Quran dan Sunnah

Asiah, Abidin and Zulkifli, Mohd and Jal Zabdi, Mohd Yusoff (2015) Penderaan Warga Tua menurut al-Quran dan Sunnah. In: International Seminar on al-Quran in Contemporary Society, 10 - 11 October 2015, UNISZA.

[img] Image
FH03-FLAIR-16-05250.jpg
Restricted to Registered users only

Download (97kB)

Abstract

Penderaan warga tua telah menjadi masalah global pada masa kini. Sejak ia mula dikesan di sekitar 80-an, ia telah dikenal pasti sebagai satu masalah yang semakin membimbangkan. Ia bukan sahaja berkait rapat dengan isu penuaan penduduk, malah diiktiraf sebagai masalah sosial, isu kesihatan dan pelanggaran hak asasi manusia. Dalam situasi tertentu, penderaan warga tua adalah merupakan satu jenayah. Meskipun telah banyak penulisan berkaitan penderaan warga tua telah dilakukan, namun penderaan warga tua menurut pandangan islam jarang disentuh oleh penyelidik masa kini. Justeru itu, artikel ini bertujuan membincangkan isu penderaan warga tua, secara khususnya menurut perspektif Al-Quran dan sunnah. HUraian dilakukan berdasarkan penelitian terhadap beberapa ayat al-Quran dan Hadith nabi SAW bagi mengupas kedudukan dan hukum berkaitan penderaan warga tua. Kajian ini mendapati terdapat nas-nas al-Quran dan hadith yang menjadi asas hukum penderaan warga tua . Nas-nas berkaitan secara khusus menjelaskan tentang kewajipan mentaati ibu bapa serta larangan menderhakai mereka. Namun melalui kaedah qiyas dan kaedah-kaedah lain yang berkaitan, ia menjadi landasan kepada penjelasan hukum syarak tentang pandangan islam terhadap isu penderaan warga tua.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Oct 2020 04:35
Last Modified: 25 Oct 2020 04:35
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/559

Actions (login required)

View Item View Item